Sejarah perkhidmatan Kapal_pengangkut_pesawat_Soviet_Kiev

Helikopter Ka-27 Helix, Ka-25 Hormone dan pesawat Yak-38 Forger VTOL ditempatkan di dek penerbangan. 6 Jan 1988Kapal pengangkut pesawat Kiev, USSR, 1985

Kiev telah dibaringkan pada 21 Julai 1970 dan dilancarkan pada 26 Disember 1972. Ia telah disiapkan dan ditauliahkan pada 28 Disember 1975, tetapi secara rasminya mula memasuki perkhidmatan hanya pada bulan Februari 1977, selepas menyudahkan semua ujian.Pada 16 Julai 1976, Kiev berlayar daripada Sevastopol yang terletak di Laut Hitam, dan pada 20 Julai mula menguji pesawat Yakovlev Yak-36M (empat buah Yak-36M dan sebuah Yak-36MU yang dibawanya) di Laut Mediterranean, di luar Crete. Pada 10 Ogos 1976, ia tiba di Severomorsk, Oblast Murmansk, dan ditumpangkan ke Briged Peperangan Anti Kapal Selam ke-170, Armada Utara, dan melakukan ujian-ujian ekstensif sehingga bulan Disember. Antara 12 hingga 19 April 1977, Kiev menyertai latihan Sever-77, dan pada 26 Jun 1977 ia telah dikelaskan semula daripada Protivolodochnyye Kreysery (PKR) "kruiser ASW" kepada Tyazhelyye Avianesushchiye Kreysery (TAVKR) "kruiser pembawa pesawat berat". Antara 20 Disember 1977 hingga 21 April 1978, Kiev menyertai operasi-operasi di Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean. Pada 3 November 1978, ia melanggar beting pasir, tetapi tidak mengalami sebarang kerosakan. Kiev kemudian terlibat dengan latihan tempatan pada 4 Ogos 1978, dan pada 11 Oktober dalam ujian terakhirnya menggunakan peluru berpandu utama di Laut Putih.[3]

Dari tahun 1977 sehingga tahun 1987, Kiev melakukan 10 latihan perlayaran ke Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean. Pada bulan Mac 1979, ia belayar bersama-sama kapal selepasnya iaitu Minsk di Mediterranean. Pada Oktober 1981, ia menjadi kapal laksamana dalam satu latihan besar-besaran Zapad-81 di Laut Baltik. Bermula pada bulan Disember 1982 hingga November 1984, Kiev menjalani satu penyelenggaraan dan pemodenan di Mykolaiv. Bermula tahun 1985, latihan operasi pesawat Yakovlev Yak-38 dalam mod STOL dilakukan, membolehkan peningkatan beban pesawat dan jarak operasi. Helikopter Kamov Ka-25 juga digantikan dengan Kamov Ka-27. Pada tahun 1985 Kiev kembali ke Armada Utara. Bermula tahun 1987, Kiev banyak berlegar-legar di Severomorsk. Pada bulan Disember 1989, Kiev dimasukan ke dalam simpanan. Selepas pembubaran USSR, kapal ini diambil alih oleh Rusia. Di sebabkan belanjawan ketenteraan yang rendah dan keadaan kapal yang makin teruk, Kiev dibersarakan pada 30 Jun 1993.[3]

Rujukan

WikiPedia: Kapal_pengangkut_pesawat_Soviet_Kiev http://ship.bsu.by/main.asp?id=100000 http://www.binhaipark.cn/ http://www.maritimequest.com/warship_directory/rus... http://www.ww2.dk/new/navy/Kiev.htm http://russian-ships.info/eng/warships/project_114... http://www.fas.org/man/dod-101/sys/ship/row/rus/11... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=K... http://wunderwaffe.narod.ru/Magazine/MK/2003_07/ http://www.dailymail.co.uk/news/article-2024729/Ch... https://maps.google.com/maps?&hl=en&ie=UTF8&ll=39....